Saturday, March 14, 2020

Kem Kepimpinan SMK Pasir Gudang 3

 KEM KEPIMPINAN SMK PASIR GUDANG 3 (12-14 MAC 2020)


Alhamdulillah selesai satu lagi program kepimpinan sekolah. Kali ini melibatkan SMK Pasir Gudang 3 yang juga merupakan tempat guru saya iaitu teacher Shoba Devi. Program 3 hari 2 malam ini bertempat di Bestfriend Agro, Kota Tinggi. Seperti biasa saya bersama-sama team Formula Juara A+ mengendalikan program pada kali ini dan kebanyakan program yang saya kendalikan ialah bersama dengan team FJA+.

Saya bersama mereka para pemimpin pelajar pada hari kedua dan ketiga program dan Alhamdulillah banyak perkongsian mengenai kehidupan yang dapat saya kongsikan buat mereka. Semoga mereka semua dapat mengaplikasikan setiap nasihat yang diberikan kepada mereka.



Thursday, March 12, 2020

SK Bandar Kota Tinggi

 SK BANDAR, KOTA TINGGI, JOHOR


Selesai perkongsian Formula Juara A+ berkenaan ADAB dan SIKAP yang perlu ada dalam diri setiap pelajar tahun 6 SK Bandar, Kota Tinggi pada Khamis lepas. Dengan suntikan ilmu yang diberikan semoga mereka semua mampu menjadi hebat dan cemerlang.







Sunday, March 08, 2020

Kem YBJB

KEM YAYASAN BANDARAYA JOHOR BAHRU (4-7 MAC 2020)


Alhamdulillah. Selesai program 4 hari 3 malam bersama 158 pelajar terpilih daripada 8 buah sekolah yang berbeza tajaan Yayasan Bandaraya Johor Bahru. Program ini memfokuskan adab, teknik belajar, dan jati diri para pelajar sebagai persediaan buat mereka untuk menduduki peperiksaan UPSR dan menjadi insan hebat dan cemerlang.

Bersyukur dan bertuah sangat kerana saya berpeluang bersama-sama dengan team Buddies Training Consultant dan Triple X Consultant berjumpa dan memberi perkongsian buat para pelajar yang sememangnya hebat-hebat belaka. Dalam masa yang sama saya juga mempelajari sesuatu yang amat berguna menerusi program ini.

Semoga mereka semua menjadi insan hebat dan cemerlang.





Saturday, January 18, 2020

SK Tanjung Pengelih

SK TANJUNG PENGELIH, PENGERANG, JOHOR 


Alhamdulillah selesai perkongsian mengenai ciri-ciri dan adab pemimpin kepada semua pemimpin pelajar SK Tanjung Pengelih, Pengerang, Johor.

Nak jadi pemimpin bukan hanya boleh memimpin, tetapi mestilah beradab. Itulah rahsia menjadi pemimpin yang disenangi ramai.







TikTok/Twitter/Instagram : @aimanfiez

SMK Kota Masai

 SMK KOTA MASAI, PASIR GUDANG, JOHOR

Ini merupakan blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya tulis merupakan pendapat dari diri saya sendiri. Tidak ada kena-mengena dengan orang lain kecuali dinyatakan.

Sebarang pengambilan artikel daripada blog ini perlulah mendapat keizinan daripada saya sebagai pemilik blog.

-aimanfiez-