Tuesday, February 09, 2021

SMK Kota Masai 2

 SMK KOTA MASAI 2, PASIR GUDANG, JOHOR


Alhamdulillah setelah sekian lama tidak ke sekolah, akhirnya dapat juga berjumpa pelajar SPM SMK Kota Masai 2 sempena hari terakhir mereka di sekolah sebelum mereka bercuti dan terus menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Walaupun masa yang diperuntukkan sangat singkat, namun diharapkan agar mereka memperolehi sesuatu yang bermanfaat untuk kecemerlangan mereka pada masa akan datang.
.
Dalam masa yang sama, pemberian sumbangan berbentuk sarapan pagi juga disumbangkan kepada wakil pelajar oleh Persatuan Mahasiswa Tebrau - Permate dengan mengikuti segala SOP yang telah ditetapkan. Semoga mereka memperolehi keputusan yang terbaik dan seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.









TikTok/Twitter/Instagram : @aimanfiez

SMK Kota Masai

 SMK KOTA MASAI, PASIR GUDANG, JOHOR

Ini merupakan blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya tulis merupakan pendapat dari diri saya sendiri. Tidak ada kena-mengena dengan orang lain kecuali dinyatakan.

Sebarang pengambilan artikel daripada blog ini perlulah mendapat keizinan daripada saya sebagai pemilik blog.

-aimanfiez-